본문

Kawasan khas fotografi bulan Julai: Tempat popular untuk bunga tiga bulan (hydrangeas) Jeju

별점(별점없음)

Jeju akan berubah warna dan terdapat tumbuhan baharu pada setiap musim. Tetapi di bulan Julai, bunga yang tidak dapat dilepaskan peluang untuk dilihat ialah bunga tiga bulan atau hydrangeas. Di sini disertakan beberapa tempat untuk mengambil gambar dan mengalami tumbuhan tempatan yang indah ini.

  • Semak

    0

  • Carian

    31,152

  • Kongsi SNS

    2

Butiran확장됨

Kawasan khas fotografi bulan JulaiTempat popular untuk bunga tiga bulan (hydrangeas) Jeju

Jeju akan berubah warna dan terdapat tumbuhan baharu pada setiap musim. Tetapi di bulan Julai, bunga yang tidak dapat dilepaskan peluang untuk dilihat ialah bunga tiga bulan atau hydrangeas. Ia pada mulanya berwarna putih, kemudian perlahan-lahan bertukar ke warna biru muda ke merah-ungu. Warna birunya sangat bergantung kepada keadaan kimia tanah yang ditumbuhi oleh bunga itu. Terdapat banyak tempat untuk melihat bunga indah pada tahun sekitar waktu ini, tetapi kami mempunyai beberapa tempat untuk dicadangkan kepada anda semasa anda mengambil perjalanan musim panas yang menyenangkan di sekitar pulau itu. Mari kita membuat beberapa kenangan musim panas yang hebat - dan beberapa gambar hebat - dengan bunga tiga bulan Jeju sebagai watak utama.

Seperti sebuah hutan seperti dalam cerita dongeng yang mempunyai rahsiaBoromwat
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Kawasan ini dibuka sepanjang tahun dan menawarkan peluang kepada pengunjungnya untuk berada dalam dakapan pemulihan alam semula jadi. Setiap musim, tumbuhan yang berlainan bercambah, seperti gandum kuda di musim Bungan dan permaidani ungu lavender pada awal musim panas. Aroma lavender yang harum bercampur dengan bunga tiga bulan yang mekar di laluan bunga tiga bulan Boromwat. Di kedua-dua sisi tumbuhnya bunga tiga bulan dengan lebat sekali – ia begitu subur sehingga ia berasa seperti anda telah memasuki ruang rahsia peribadi anda sendiri. Sang lebah dan rama-rama berpesta pada nektar bunga yang manis, dan mereka menyenangkan untuk dilihat dan mengambil gambar. Tempat ini tidak mengenakan bayaran kemasukan atau tempat letak kereta dan merupakan khazanah alam semulajadi untuk bunga yang indah dan pemandangan pulau.


7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
Selepas musim camellia, dating pula bunga tiga bulan (hydrangeas)!Camellia Hill
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Di sini merupakan arboretum bunga camellia yang terbesar di Asia dan mempunyai sejarah selama 30 tahun di Pulau Jeju. Dengan keluasan 200,000㎡, terdapat 500 jenis camellia yang pelbagai dari 80 buah negara yang dijaga dengan rapi di sini. Bagaimanapun, apabila camellia tidak lagi berbunga, warna dan haruman dari bunga tiga bulan mula mengambil tempat. Zon foto arboretum ini terkenal dengan latar belakang semula jadi yang hidup dan pelbagai. Baru-baru ini, sebuah rumah hijau telah dibina di Bukit Camellia di belakang laluan bunga tiga bulan, supaya spesies tumbuhan eksotik dapat tumbuh di dalam persekitaran yang lebih dilindungi dan ekslusif.

Dari pertengahan bulan Jun, satu festival bunga tiga bulan di adakan yang berlarutan hingga ke bulan Julai, jadi anda berpeluang untuk bersiar-siar di kalangan bunga-bunga biru ini bersama keluarga atau pasangan anda.


7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
Ungu yang indah mengalu-alukan kedatangan andaTaman HallimJeju (Jeju Hallim Park)
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Taman Hallim, yang dibuka pada tahun 1971, merupakan tapak semangat perintis pengasasnya, Song Bong-gyu, yang telah menanam pokok kelapa di sekitar 330,578㎡ dari padang gurun dan mengubahnya menjadi sebuah kawasan perlindungan yang menghijau. Ia mempunyai 9 tema yang hebat, dan telah menarik lebih dari 1 juta pengunjung dalam dan luar negara setiap tahun. Pada musim panas, di sepanjang laluan berliku yang dikelilingi pokok palma eksotik, lebih dari 1,000 bunga tiga bulan berwarna biru dan ungu kembang mekar. Ini lah merupakan musim untuk menikmati fantasi flora Taman Hallim, serta melangkah melintasi ke seberang jalan menuju ke pantai Hyeopjae dan Geumneung, yang boleh anda nikmati waktu musim panas yang dilanjutkan hingga bulan Ogos.


7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
Dihiasi keindahanGunung SanbangsanJalanSagye-ri Hydrangea (Sagye-ri Hydrangea Road)
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Melingkari sekeliling Gunung Sanbangsan ialah jalan pantai di Seogwipo yang mempunyai kawasan yang indah untuk melihat dan mengambil gambar bunga tiga bulan Jeju. Berlatar belakangkan gunung tersebut, kepala bunga tiga bulan itu kelihatan seperti skup ais krim yang berwarna terang merah jambu dan biru yang lazat, terapung-apung ditiup angin. Suasana yang indah ini akan membuat sesiapa sahaja tersenyum, kanak-kanak mahupun orang dewasa! Pemanduan di sepanjang jalan yang menyenangkan, tetapi sila berhati-hati apabila meletakkan kenderaan di bahu jalan – kawasan popular ini akan menjadi sesak dengan kereta dan pejalan kaki. Tarikan pelancong yang berhampiran termasuk pantai Yongmeori, laluan Songaksan Dullegil, Pepulau Hyeongjaeseom, dan banyak lagi. Kafe dan restoran yang hebat membarisi sepanjang jalan, jadi terdapat sesuatu untuk dinikmati!


7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Alamat : (pintu masuk Sanbada ATV) 86 Sanbang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si


Nikmati pemandangan pantai dan warna-warna bungaJalan Gimnyeong-ri Hydrangea (Gimnyeong-ri Hydrangea Road)
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Berdekatan dengan pantai Gimnyeong, di timur bandar Jeju, terdapat laluan bunga tiga bulan yang panjang, dibarisi dengan pagar batu Jeju tradisional, dan di bingkaikan dengan lautan zamruh hijau dan kincir angin yang menjana tenaga elektrik yang bersih untuk pulau dan negara. Dari pertengahan bulan Jun sehingga Julai, kawasan yang ceria ini merupakan “zon foto” popular untuk semua peringkat umur. Jejak GeoGimnyeong dan laluan Olle No. 20 amat popular, begitu juga dengan Kampung kesenian WayarGimnyeong. Jadi, sebagai tambahan kepada bunga tiga bulan yang tumbuh melata di kawasan itu, terdapat banyak untuk dilakukan dan dilihat – jadi masukkan semua perkara di atas ini di dalam jadual perjalanan anda!


7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >
7월, 사진 찍기 좋은 < 제주도 수국 명소 >


Alamat : (Gereja Gimnyeong) 41 14-gil Gimnyeong-ro, Gujwa-eup, Jeju-si


 

Notice
※ The above information was written on 2024-05-15. Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.